Saturday 22 September 2012

GEMPAK GILERR..


Turun 98kg to 76kg! Testimoni yang mendapat liputan meluas! 102,118 pageview!


Saya mengalami masalah berat badan dan bentuk badan yang sangat tidak menarik. Saya pernah terdengar tentang korset Premium Beautiful 2 tahun yang lepas. Setelah saya membuat keputusan untuk berkahwin pada penghujung tahun , saya mula berkira-kira untuk menguruskan badan memandangkan keadaan bentuk badan yang sangat teruk. Selepas bermacam-macam cara untuk menguruskan badan bagi menurunkan berat badan dan hari pertunangan saya semakin hampir menyebabkan saya berasa risau tak terkata..Berat badan saya ketika itu adalah 98kg dan saya seorang anak dara.Boleh bayangkan betapa besarnya, banyaknya lemak di badan saya dan kepayahan saya mencari baju yg sesuai.

Saya telah mencari pelbagai cara untuk membantu saya menurunkan berat badan dan membentuk semula badan saya. Saya telah melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan set Premium Beautiful ini. Saya telah terjumpa dengan Blogsite yang sangat menarik perhatian. Saya terus membuat keputusan untuk menghubungi admin melalui telefon untuk mengetahui tentang set Premium Beautiful ini. Admin melayan saya dengan sungguh profesional. Memandangkan keadaan tempat bertugas saya yang sangat jauh di pedalaman Sarawak, Admin telah memberi beberapa alternatif untuk menghantar barang tersebut. Dalam masa beberapa hari, saya telah memperolehi set Premium Beautiful dalam packaging yang sangat kemas dan selamat.
Admin telah mengirimkan satu set Premium Beautiful extra saiz untuk saya. Saya terpaksa memakai girdle, corset dan bengkung bersaiz besar, memandangkan keadaan badan saya yang gemuk. Admin kata badan saya sebenarnya sudah melebihi saiz terbesar Premium Beautiful ada. Admin bagi saya option antara nak teruskan atau tidak. Jika nak teruskan kene tahan ketat katanya. Saya mula memakainya pada 13 April dan ternyata ia memang grip dengan badan saya. Mula2 pakai masyaAllah ketatnya sampai saya rasa memang susah nak pakai, tapi saya lawan juga. Saya rasa pening dan hendak muntah pada 3 hari pertama memakainya.

Hari seterusnya keadaan semakin baik. dah tak susah lagi nak memakainya. tidak seketat hari pertama saya mencubanya. Saya terfikir.. 'mungkin lemak saya sedang membakar la... happy tak terkata sebab Premium Beautiful dan memberi kesan positif sebegini'. Saya selalu berhubungan dgn Admin utk mencapai target saya. Admin kata pakai sekurang-kurangnya 8 jam semasa waktu aktif. Elok juga di bawa pegi berjogging bersama Premium Beautiful dan ia akan memberikan kesan yang lebih.

Saya pulang ke Semenanjung untuk majlis pertunangan saya selepas 7 minggu saya memakai Premium Beautiful. Semua saudara-mara saya mula menegur tentang perubahan badan saya. Saya hanya tersenyum kerana saya masih belum mencapai target yang saya inginkan. Saya pulang semula ke Sarawak selepas seminggu bercuti di Semenanjung. Saya meneruskan usaha untuk menurunkan berat badan saya. Saya berpuasa Rejab, Syaaban dan Ramadhan sambil memakai Premium Beautiful. Saya cergas sepanjang hari berbanding rakan-rakan yang lain. Saya memakai Premium Beautiful semasa bekerja dan pada sebelah petangnya saya keluar berjalan laju (tidak jogging kerana badan terlalu berat) untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Sekarang, sudah 30 minggu saya memakai Premium Beautiful dibawah pemantauan Admin. Admin sentiasa berhubung dengan saya untuk membantu saya mencapai target saya. Admin sangat profesional dan blogsite beliau yang sangat informative telah banyak membantu saya meneruskan usaha saya ini. Setelah 30 minggu memakai set Premium Beautiful (13 April -6 November ), saya telah berjaya menurunkan berat sebanyak 22kg. Jika dahulu berat saya 98 kg, sekarang berat saya tinggal 76kg. Walaupun saya masih belum mencapai target utk mendapatkan berat 65-68kg, saya sangat berpuas hati dengan pencapaian saya bersama Premium Beautiful. Saya juga sudah mampu berjogging (tidak lagi hanya berjalan laju) kerana berat badan saya sudah mula berkurangan.

Cuba bayangkan, salama ini saya seumpama membawa 2 kampit beras 10kg di badan saya. Cuba anda bayangkan betapa susahnya pergerakan saya sebelum ini.

Alhamdulillah, ukuran badan saya juga telah berubah. saya telah menukar saiz Premium Beautiful yang baru kerana saya telah turun 2 saiz dari saiz yang mula saya pakai. Saya akan terus berusaha untuk menurunkan dan membentuk semula badan saya untuk diri dan kesihatan masa tua saya juga.

Terima Kasih pada Admin yang telah banyak membantu saya mencapai target saya. Terima kasih pada blogsite  http://nurulaisyah81.blogspot.com/  yang telah membantu mengubah kehidupan saya. Saya lebih yakin untuk meraikan majlis perkahwinan saya pada penghujung tahun ini. Terima Kasih Premium Beautiful kerana telah membantu saya berada di tahap ini. Cik Naz-Sarawak 

No comments:

Post a Comment