Saturday 29 September 2012

[ALHAMDULILLAH] SENARAI SEKURITI PATUH SYARIAH



Senarai Sekuriti
Patuh Syariah oleh
Majlis Penasihat Syariah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia


          Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan senarai terkini sekuriti yang diklasifi kasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Senarai sekuriti patuh Syariah, iaitu yang tersenarai di Bursa Malaysia.


          Dalam mengklasifi kasikan sekuriti ini, MPS menerima input dan sokongan daripada SC. Pihak SC mengumpulkan maklumat syarikat melalui pelbagai sumber seperti laporan kewangan tahunan syarikat, maklum balas kepada borang kaji selidik yang dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan juga melalui pertanyaan yang dibuat kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan. SC melalui MPS akan sentiasa mengawasi aktiviti semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia secara berkala berdasarkan maklumat sedia ada untuk menentukan statusnya daripada perspektif Syariah.


         MPS telah menggunakan beberapa kriteria tertentu dimana kajian ditumpukan kepada aktiviti sesebuah syarikat yang sekuritinya tersenarai di Bursa Malaysia. Oleh yang demikian, tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan, syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah akan diklasifi kasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Sebaliknya, sesebuah syarikat diklasifi kasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya syarikat menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah seperti yang berikut:

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
(b) Perjudian dan pertaruhan;
(c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;
(d) Insurans konvensional;
(e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
(f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan;
(g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan
(h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.


          MPS juga mengambil kira tahap sumbangan daripada pendapatan faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain. Selain itu, dividen yang diterima daripada pelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah juga diambil kira dalam kajian yang dijalankan oleh MPS. Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur antara aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan Syariah, MPS mempertimbangkan dua kriteria tambahan iaitu:

(a) pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik; dan
(b) aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara `umum balwa (perkara terlarang yang sukar dielakkan), `uruf (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.


TAHUN 2011






TAHUN 2012






Kepada yang ingin menyemak sendiri tentang fakta ini, Sila rujuk laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia seperti berikut:

http://www.sc.com.my/paper.asp?pageid=902&year=2012

http://www.sc.com.my/eng/html/icm/sas/sc_syariahcompliant_120525.pdf





No comments:

Post a Comment