Monday 22 October 2012

TESTIMONI PELANGGAN YANG MENGGUNAKAN PREMIUM BEAUTIFUL



As Salam semua....  entry saya pada hari ini adalah tentang  testimoni pengguna yang saya petik dari sebuah blog rakan saya. Petikan testimoni ini saya pastekan kedalam web saya sebagai bahan bacaan kepada pembaca ataupun boleh digunakan sebagai bahan untuk bercerita kepada bakal pelanggan. Jika terdapat testimoni lain yang bersesuaian maka dilain hari saya pastekan lagi….



Testimoni 1
Bahagian 1
Syukur Alhamdulillah masih belum terlambat untuk saya berkenalan dengan set pakaian dalam “Premium Beautiful”.  Pada awalnya saya hanya fokuskan kepada penurunan berat badan.  Maklumlah sihat sangat….. tetapi bukan
itu saja yang saya dapat, malah lebih dari itu.
Sememangnya infra red yang ditenun sulam di setiap inci kain tersebut memberi kesan yang memberangsangkan terhadap kesihatan tubuh badan  saya.
Pada mulanya saya tidak berminat langsung, setelah menemuramah lebih 4 orang penggunanya, hati saya mula tertarik, tetapi masih berbelah-bahagi. Sekian lama dalam dilema, akhirnya saya telah memilikinya juga pada tanggal  9/8/2005. 
Berat badan saya 76kg rangka besar, berat ideal 57kg – 60kg.  Masa anak dara berat – 60kg.  Pernah mencecah 91kg iaitu ketika hamil anak ke 3.  Merasakan diri ini hilang keyakinan.  Mana taknya nak beli baju pun susah … sendat sana, sendat sini.  Pernah juga saya makan produk menguruskan badan, termasuklah yang ada jenama terkenal.  Penurunan berat badan tuh memang ada tetapi sekiranya tidak mengamalkannya selama sebulan, maka berat badan pun naik mendadak…tuh yang frust tu…. mahal pulak tu.
Tugasan harian saya memang mencabar kesabaran, bertanggungjawab sebagai isteri yang berkerjaya, ibu kepada tiga orang cahaya mata (lasak… boleh tahan juga), penuntut (masih menuntut ilmu di IPTA)  disamping tugasan lain.  Faham-faham je lah, nak uruskan rumah tangga, memasak, mengemas dan lain-lain (kalau nak cerita satu per satu tak cukup 10 muka surat).  Dalam masa yang sama juga, kena siapkan “assignment” …bukan sikit-sikit, kena taip, kena baca buku dan sebagainya.  Tengah malam pun kena bangun, dua tiga kali … anak nak susu.  Memang penat, mujurlah suami banyak membantu…. terima kasih sayang…. walaubagaimanapun kepenatan dan keletihan itu lenyap begitu sahaja sejak memakai set pakaian dalam “Premium Beautiful’ …… malah terasa kesegarannya.  
Apa-apalah…. yang penting saya nak berkongsi rahsia kelebihan pakaian dalam “Premium Beautiful” ni.
Setelah memakainya selama lebih kurang sebulan, saya sudah merasai sesuatu yang ajaib keatas diri saya.  Keajaiban itu termasuklah :-
1.      Saya sudah boleh makan makanan laut sesuka hati terutamanya udang.  Sebelum ini  kalau saya makan udang, mulut saya akan bengkak, air liur akan keluar dengan banyak dan muntah yang teruk.  Pernah ke klinik dapatkan suntikan kerana alahan udang.  Terukkan? …… Kesiaaaannn.
2.     Semenjak melahirkan anak yang ke 3, saya sering mengalami lenguh-lenguh kecil di bahagian belakang, tetapi sejak memakai set “Premium Beautiful” .… lenguh-lenguh ini beransur hilang….. selamat jalan lenguh-lenguh belakang.
3.  Semenjak pakai set “Premium Beautiful”, lemak-lemak di bahagian pinggang dan perut ada perubahan,  nampak jugalah bentuk pinggang tuh… kalau sebelum ni… mungkin lurus je kot.  Kain yang ketat dah boleh kancing semula.
4.   Yang paling best tu… berat badan berkurangan sebanyak 3kg.  Puas hati gitu, walaupun tak banyak.
5. Kulit pun tak macam dulu, kini nampak perubahan yang lebih menceriakan, … rakan-rakan dan suami yang bagi tau …. termasuk hati kecil ku.
6.    Yang paling best juga…. hubungan suami-isteri… ternyata perubahannya …..tak boleh citer kat web ni, faham-faham je lah ye…. Nanti jumpa, kita citer yek?
7.     Badan pun rasa segar dan tiada lagi keletihan, walaupun tugasan berat menanti di hadapan….. tiada lagi masalah mengantuk


Testimoni 2
Sebelum diperkenalkan pakaian dalam berjenama “Premium Beautiful”, tubuh saya kelihatan kurang menarik terutama selepas melahirkan anak ditambah pula peningkatan berat badan yang tidak seimbang dengan berat 68kg dan ketinggian 1.48m.  Tubuh badan mengandungi lemak atau selulit terutama di bahagian perut, peha dan pinggul.  Saya pernah mencuba pakaian dalam berjenama lain untuk beberapa bulan tetapi kurang berkesan.  Tetapi kini, setelah diperkenalkan dan menggunakan pakaian dalam berjenama “Premium Beautiful”, saya telah memiliki bentuk badan yang diimpikan termasuk penurunan berat badan serta tahap kesihatan yang memuaskan.
Pakaian dalam jenama “Premium Beautiful” juga menekankan keberkesanannya dari segi kesihatan.  Masalah pusingan haid tidak teratur dapat diatasi, tubuh badan merasa lebih segar dan paling penting sakit kepala migrain yang kerap dialami sejak dibangku sekolah dapat diatasi.
  

Testimoni 3
Saya berusia pertengahan 20an dan baru saja mendirikan rumahtanga. Saya telah diperkenalkan dengan produk pakaian dalam pembentukan badan premium beautiful ini oleh kakak saya.  Selepas seminggu menggunakan produk ini saya telah demam selama beberapa hari dan selepas beberapa bulan menggunakan produk ini berat badan saya semakin ideal dengan ketinggian saya. Yang menariknya tiada lagi masalah lemah dan mengantuk di siang hari dan lenguh – lenguh badan juga semakin berkurangan. Kini saya dapat bergerak dengan lebih aktif dan agresif tanpa apa-apa rasa yang kurang menyenangkan sebagaimana sebelum ini.
Inilah antara pengalaman-pengalaman menarik mengenai kesihatan yang dapat dikongsi bersama kerana ini merupakan pengalaman yang sukar untuk dibeli atau dirasai oleh semua wanita. Saya berasa amat beruntung kerana telah diperkenalkan dengan Premium Beautiful, pakaian dalam pembentukan badan FIR yang sedang hangat di pasaran

Testimoni 4


Assalamualaikum..

hari nie nak update pasal follow up endometriosis aku last Friday..

Note: Refer endo1endo2after pki PB utk kisah endometriosis aku..

Jumaat lepas aku ade follow up endometriosis dkt HSI tmpt aku kerja cum tmpt check up.. :)

Sampai clinic pagi dlm kul 10 lebeh sbb ek ok ek ok siap2 kemas anak, sarapan la ape laa..lambat la tibe nye dkt HSI tue..ihihih..

lepas register, tunggu turn..
 nervous jugak sebab aku tak makan pon ubt hormon yg doktor bg mase previous follow up..
ye laa kalo ade lg endometriosis, die tanye mcm2 takut jugak kan kene marah..
ihihihih..

so bile turn aku kene panggil, doktor suruh baring sebab nak wat scan ultra sound..
aku suke betol kene scan sbb mcm best je tgk kat dlm perut sendiri..
kalau ade baby laaagiiii best..ihihihih..

Mase kene scan tue, doktor ckp yang aku nye cyst dah takde..
aku mcm haaa? sebok2 sambil baring nak tgk monitor scan tue..
doktor tanye, "period sakit lg tak?"
aku ckp, "3 kali latest period baru2 nie tak sakit dah.."(aku br period 3kali lepas gune PB)
doktor ckp, "ok..nampaknye cyst awak dah mengecut, dan mungkin darah yang beku2 tue semua dah keluar sebab dari scan nie memang dah tak ada apa2 lagi la, tapi awak monitor je lagi period awak, kalau masih sakit, datang balek la"
aku mcm, terkedu gak sbb die ckp memang dah tak ada darah beku..syukur alhamdulillah..

sbb dari apa yang doktor pakar tu explained sebelom2 nie, cyst akan mengecut kalau kita tak period atau pon kita mengandung..selagi kita period, selagi tue la akan sakit period pain..dan dia ckp lagi mcm aku punye kes, berkemungkinan aku akan sakit period pain tue smpi aku menopos, baru habis cerita..

doktor tue ckp, "ok untuk masa sekarang, kita akan stopkan appointment awak, tapi kalau rase sakit2 terok masa period, dtg jumpe balek"
aku pon, "ok doctor, terima kasih..."
aish pon main lambai2 doktor..ihihihih..

kesimpulan yang aku boleh buat sepanjang aku gunakan PB untuk masalah period pain kronik aku nie kan,

1) PB melancarkan darah beku yang ada dalam rahim(punca endometriosis), dan masa period pon darah yg kuar pon mcm fresh je..takde dah ketol2 yg besar2 tue..macam aku, kalau kuar ketol2 tue, waktu tu la sakit senggugut yang paling terok aku rasa..bleh rase nak mengerekot2 mcm udang..

2) biasanya aku akan mengalami pre haid, sakit perut mcm nak senggugut tu(tp sakit2 yang boleh dihandle lagi la rasenye), dalam 2weeks before period..tapi bila dah start pakai PB, aku tak rasa sakit perut pon, alih2 je dah period..tak sedar pon kene period..:)

3) bila dah period, yang paling aku bersyukur sgt2 sebab aku dah tak de rase period pain kronik lagi yang smpi aku tak boleh nak bgn, yang kalau aku kene memang aku tdo je sbb nak hilangkan rasa sakit senggugut tu..mcm aku, hari ke5 pon aku masih kene period pain..tapi dah 3kali nie aku syukur sangat2..tak rasa sakit, even aku rasa mcm hari2 biasa je..:)

4) sakit belakang masa period pon dah tak ada..sbb aku yakin yang bila badan kita dah kene grip dgn korset nie, badan rasa cam sedap je..dan tulang pon berada dalam kedudukan yang betol..ntah aku tak rasa sakit pinggang pon masa period lepas pki PB..

aku rasa tue je la yang boleh aku share dgn korang pasal keberkesanan PB terhadap diri aku..aku slalu ckp dkt hubby, kalau la aku beli PB lebih awal, kan best...ihihihih..tapi biasa laa..benda mahal macam nie, memang kene survey sehabis baek..dan aku syukur sgt yg kezen aku gune PB corset nie..kalau tak, mungkin aku masih mencari2 sape la org yang boleh aku gunekan untuk convince hubby aku pasal corset nie..:)

Bagi aku, selain kecantikan luaran, kesihatan dalaman yang paling aku utamakan..kalau dari segi kecantikan luaran pinggang ramping, aset terletak di tempat yang betul, tak dpt la aku nak share pics2 mcm tue dkt korang..maybe aku kene pinjam my partner's nye pics laa kan sebab mcm tak sesuai la aku nak publish2 bg org tgk..iihihiihh..unless kalo korang tgk aku sendiri la depan mata..tp kawan aku ckp aku nampak kecik skang compared to sebelom nie(masalah aku gemok lepas bersalin tue) ihihih...kalau dari segi kesihatan dalaman, aku boleh share dengan semua..especially mende2 yang aku rasa byk sgt PB nie bantu sebenanrnye..




Testimoni ini saya ambik dari ruangan forum di internet, utk dikongsi bersama pelawat blog ini. 1. mengenai fibroid


" Ia memang benar Kak Ann punya fibroid sebesar 11x8cm, dulunya dah boleh rasa dengan jari. Kini sudah hilang. Doktor dah sahkan tak perlu pembedahan sekarang. Memang hebat betul baju ajaib ni. Kak akan terus pakai sebab ia seperti dah berjasa dengan kak." Kak Ann.
Puan Normah Md. Din 30an 3orang anak

2. Semasa diperkenalkan dengan Premium Beautiful oleh seorang rakan, saya sedikitpun tidak berminat untuk memiliknya kerana memang tiada masalah berat badan dan sudah mengetahui harganya yang tinggi. Tetapi setelah mendengar dengan terperinci tentang kebaikan Premium Beautiful ini timbul minat untuk mencubanya apatah lagi ia lebih menjurus kepada kesihatan dan yang paling penting ia dapat mencegah dari barah kanser payudara dan ovary. Pada saya kesihatan itu tidak ternilai harganya dengan wang Ringgit.
Setelah 2 minggu memakainya, banyak perkembangan positif yang terjadi pada diri saya. Kulit semakin halus, kematu di jari hilang, badan pula terasa lebih ringan, cergas, bertenaga dan ceria. Suami yang tidak pernah memuji, sudah mula mengatakan potongan badan saya semakin cantik, lebih-lebih lagi memakai kebaya. Yang menariknya hubungan suami isteri menjadi semakin intim dan erat. Lebih membanggakan lagi, ramai yg mengatakan potongan badan saya seperti 'anak dara' walaupun hakikatnya saya sudah ada seorang 'anak dara sunti'.

No comments:

Post a Comment