Tuesday 9 October 2012

PESANAN DARI ORANG BERJAYA UNTUK ORANG YANG INGIN BERJAYA

As Salam dan Salam Sejahtera semua...

Harap semuanya ceria dan bertenaga dalam kehidupan seharian. Pada entry kali ini, ingin dikisahkan tentang perjumpaan Group B32 Zon Utara dengan Pemimpin Dinamik Group ini iaitu CDM Siti Rohana atau lebih mesra dengan panggilan "Kak Ana" di kalangan group kami.

Perjalanan dari Sg Petani pada 22 Sep 2012 bermula pada lebih kurang jam 1030 am bergerak menghala ke Batu Caves, Selangor bertujuan untuk bertemu dengan 'Leader' kami yang amat hebat ini. Beliau merupakan seorang 'leader' yang sangat berpengaruh di dalam bisnes ini. Pencapaian cemerlang beliau di dalam bisnes ini telah menjadikan beliau satu-satunya insan di dalam dunia perniagaan MLM yang terpilih sebagai Personal Ikon Jutawan Muda oleh Majalah Personal Money. Fuhh... dahsyat tu..Kalau tak dahsyat takder lah beliau terpilih oleh majalah tersebut betul tak? Semangat tengok gambar Kak Ana dalam majalah ni hehehe..



Ok, berbalik kepada cerita di atas, mula-mula nak story pasal perjalanan kami ke sana. Seramai lebih kurang 20 orang agen PB Zon Utara bergerak ke sana kerana masing-masing tak sabar nak berjumpa dengan Kak Ana untuk 'mengali' ilmu sebanyak mungkin tentang rahsia kejayaan beliau di dalam bisnes ini. Yeah !! memang bersemangat betul nak jumpa Kak Ana.. sempat bergambar lagi di dalam kereta sewaktu menuju ke sana. Tengoklah wajah masing-masing.. Semuanya teruja sangat hehehe...

Borak punya borak di sepanjang perjalanan tu, sampailah kami di KL lebih kurang jam 2:00 pm. Wah... masih awal lagi ni.. janji dengan Kak Ana nak jumpa pukul 6, apa lagi... kami pun mulakan dengan agenda pertama hehehe.. yaaa... menghadiri 'Open House' atas jemputan Ezwan Ismail di rumahnya. Maka seperti yang dirancangkan, sampailah kami di kawasan kondo kediaman Ezwan Imail dan seperti biasa, ambil gambar lagi  :)



  Kalau nak tahu, Ezwan Ismail ni salah seorang 'Fashion Designer' yang top di kalangan artis tanah air kita..  sampai jer rumah dia,  masing-masing sibuk melihat baju-baju rekaan beliau hehe.. perut yang mula lapar sebelum sampai ke sana tiba-tiba boleh kenyang secara mendadak bila tengok baju-baju rekaan beliau tu hihihi... ye lah kan... bulan Nov nanti ada event besar di Shah Alam, (Kalau pembaca nak join pun boleh, cuma hubungi saya) So boleh tengok-tengok 'design' baju yang sesuai untuk event tu nanti.. dalam keasyikan melihat baju-baju tu, tiba-tiba terpandang satu baju yang rasanya pernah dilihat sebelum ini, ermmm...tapi di mana ya?? hehe..


Dah puas cuci mata dengan pakaian glamour rekaan Ezwan Imail, tiba saatnya untuk isi perut nie yang memang dah mula mengalunkan lagu keroncong tapi dalam rentak 'Oppa Gangnam Style' ler pulaks hik..hik..hik.. :) ada juga beberapa artis yang turut hadir masa tu. Tapi yang paling bestnya, dalam kecoh-kecoh berbual sambil mengisi perut tu, sempat lagi my 'great leader' Elly bergambar dengan salah seorang artis yang hadir pasa masa tu.. cuba teka siapa? tentu pembaca kenal kan? tp bila tengok semula gambar nie.. Elly pun berseri-seri macam artis juga.. haaa... itulah kehebatan BBplus, confirm menyerlahkan kejelitaan kepada sesiapa yang menggunakannya. Seminggu pun dah boleh nampak keberkesanannya. Awet muda tuu :)


Tamatlah agenda yang pertama. Selepas selesai menjamu mata dan menjamu selera di kondo kediaman Ezwan Ismail, kami semua bergerak menuju ke Batu Caves untuk agenda utama kami... Yesss!! bertemu Kak Ana.. Lebih kurang jam 5:45 pm kami sampai di tempat yang dijanjikan. Tak sampai 5 minit kami menunggu, sampailah Kak Ana. Kagum dengan 'punctuality' beliau. Memang beliau berhak mendapat apa yang beliau miliki sekarang. Cubalah pembaca lihat, walaupun beliau telah berjaya menempatkan nama beliau di dalam bisnes ini sebagai tokoh pemimpin yang sangat berjaya dan memiliki segala aset mewah, beliau tidak pernah menolak pelawaan untuk berjumpa dengan ahli-ahli muda seperti kami yang dianggap sebagai anak-anaknya walaupun di tempat seperti ini.


Sepanjang perjumpaan ini, Kak Ana tidak pernah lokek untuk berkongsi rahsia kejayaannya, malah terlalu banyak kata-kata semangat yang menjadi pemangkin kepada kami untuk terus mengukuhkan  keazaman serta usaha tanpa rasa jemu dan putus asa dalam melaksanakan bisnes ini. Terlalu padat ilmu yang disampaikan oleh Kak Ana kepada kami semua. Memang benar apa yang Kak Ana katakan, "sewaktu muda dan sihatlah  perlu buat bisnes ini betul-betul agar kita dapat mengecapinya pada masa hadapan. Keluarkan potensi diri kita yang tersimpan selama ini agar dapat membanggakan ibu-bapa serta keluarga kita. Peluang itu hanya datang sekali, jadi rebut dan gunakan peluang yang hadir itu dengan sebaik-baiknya. Jadilah orang yang beruntung di dunia dan di akhirat. Tiada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita buat betul-betu kerana Allah akan sentiasa memenuhi impian  dan permohonan orang yang sentiasa berusaha serta tidak lupa kepadaNya." Begitu panjang lebar ilmu yang disampaikan oleh Kak Ana. Sesungguhnya, memang diri ini berasa amat bertuah kerana Allah telah mempertemukan bisnes ini di mana ahli group ini yang begitu rapat dan mesra dalam memastikan setiap rakan ahli menggenggam kejayaan dan mencapai impian. Dikesempatan ini tidak lupa untuk bergambar bersama Kak Ana untuk dijadikan sebagai salah satu memori indah yang bakal dikongsi bersama pembaca :)


My Sifu/ 'Great Leader' Elly juga tidak putus membari kata-kata perangsang dan semangat kepada rakan-rakan seperjuangan dalam menjayakan bisnes ini.


Sebagai orang yang lebih awal mengenali Kak Ana dan beliau juga adalah salah seorang anak didik Kak Ana, Sifu Elly memang seorang 'fighter' yang sangat hebat dalam bisnes ini. Semangat beliau tidak pernah luntur dan sentiasa memberi tenaga kepada rakan-rakan. Daya usahanya begitu bertenaga dan sering menjadi pendorong kepada sahabat di sekelilingnya.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga dengan perjumpann ini kami akhirnya menamatkan pertemuan dengan Kak Ana. Namun pertemuan ini bukanlah pertemuan yang sia-sia kerana setiap diri kami telah disuntik dengan semangat baru untuk memperhebatkan lagi usaha kami. Bak kata pepatah "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" jadi usaha yang berterusan perlu ditingkatkan dengan penuh bertenaga dan hebat bak sang harimau yang mengaum Auummmm !!!!!..

Seperti biasa :) sambil bersalaman sempena perpisahan untuk kali ini, sempat juga kami ber'posing' lagi.. hehehe.... Selamat Tinggal Batu Caves.. nantikan kebangkitan kami !!!!

































"The richest people in the world look for and build networks, everyone else looks for work."





p/s : kepada sesaper yang berminat untuk join event besar kami pada bulan Nov nanti, cepat-cepat hubungi saya.. sementara tiket masih ada !!! Banyak yang menarik menanti anda !!!  Ada tiket cabutan bertuah dengan hadiah menarik !!!

       *     Hadiah Proton Preve
       *     Sijil Simpanan Premium Bernilai RM 15 000,00
       *     Tiket Perlancongan Ke Paris
       *     Dan Banyak Lagi....

Di samping acara menarik dengan kehadiran artis jemputan !!! Memang Best Gilerr !!!

Jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan tiket (RM 35 sahaja)

013 5230652
NURUL









No comments:

Post a Comment